Herbalife Produk Information

What Are You Searching For?

Isnin, 10 Jun 2013

cantik TANPA solekan




Bimillah...
Assalammualaikum and Salam sejahtera..

Bersawang sudah blog ini..huhu so kenalah rajin-rajin update wahai atikah!!
CANTIK.. sapa tak nak cantik betol tak? Terutamanya kaum hawa, sebabnya sudah sifat lahiriah kami sebagai kaum hawa...so para-para suami jangan bising-bising bila si isteri minta belikan set pencuci muka, cantik pun untuk suami juga kan? 

Kadang-kadang sebut pasal cantik ini, mulalah orang persoalkan “si A itu cantik make up jer, cuba x make up mcm _ _ _ _” / “eh si M tu cocok sini, cocok sana” tapi ada juga yang kata “cantik dia tu SEMULAJADI”. Aku rasa rata lelaki kat luar sana lebih suka perempuan yang natural beauty :)

Pada pendapat aku, cantik semulajadi lagi bernilai dari topengan sementara (make up). Tapi terpulangan pada individu itu sendiri..ada yang x boleh tak make up bagaikan tidak sempurna harinya..

Sebenarnya kulit wajah kita ini Allah dah kurniakan cantik sejak azali lagi, x percaya? Tengok kulit baby macam mana..bersihkan merah-merah gitu.. so kulit kita pun mcm tu juga. Cuma bila meningkat dewasa biasalah berubahan hormon dan sebagainya. Tapi menurut Theasianparent.com  wajah boleh kelihatan cantik secara semulajadi dengan mengamalkan penjagaan kulit yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk mendapatkan kulit muka yang sihat. Jadi bagaimana caranya?

  • Cuci muka sekali sehari – bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit muka berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang.
  • Pilih pencuci yang sesuai – pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco (kelapa) dan gluco (gula daripada buah-buahan).

  • Pencuci dengan pH seimbang – pencuci yang pH nya seimbang akan menanggalkan kotoran dan solekan tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada kulit wajah anda dan pastikan “pH-balanced” pada pencuci yang mengandungi glycolic @ asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.

  • Tanpa pewangi – wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci @ produk yang berlabel “tanpa pewangi” biasanya pewangi minimum sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.

  • Pelindung matahari – pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama 2jam.
         
  • Pelembab pelbagai guna – krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting “melembab & melindungi”. Pilih pelembab yang berasakan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindungan matahari yang tidak menyebabkan iritasi @ ruam. Minyak semulajadi dan asid lemak meyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.                                           
  • Tinggalkan toner -  Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semulajadi kullit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.
       


  • Senaman – dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ia memperbaiki rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.
               

  • Tidur yang cukup – kortisol, sejenis hormon tekanan, membuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan jeragat. Tidor yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat.
          
  • Bayam dan badam – bayam kaya dengan protien, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai antioksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.
             

  • Salad dan lobak merah – vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan penggantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambahkan zat dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
              

  • Tomato, keledek dan strawberi – likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyak kolagen. Vitamin C dalam keledek dan strawberi juga membantu meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.
         

  • Ikan salmon – Omega-3 pada ikan salmon membantu melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit kemerah-merahan.
            

  • Makan untuk kulit sihat – “Air kosong” minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.
            

  • Produk soya – soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu megelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.
          

  • Coklat gelap – Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksida flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit dari kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolegan pada kulit dan mengurangkan kedutan.
                    


Khamis, 14 Februari 2013

Herbalife Spectacular

Bismilllah n Assalammualaikum,

Allahuakbar.. so amazing... itulah perkataan yang pertama terdetik di dalam hati aku, saat menjejakkan kaki ke Spectacular pertama aku, perasaan berdebar-debar kalah orang nak nikah..hihii
Sangat luar biasa, stadium bukit jalil dipenuhi seramai 15,000 orang!! semangat makin membara!!


Syukur alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati aku untuk join event terbesar Herbalife Malaysia :)
Bagi aku tidak ruginya hadir pada event ini, sangat memberi impak positiv pada diri agar terus, terus dan terus melangkah menuju matlamat yang lebih nyata, lebih semangat dan lebih bermotivasi.


Semua Impian boleh jadi Kenyataan! dulu pandangan aku kabur, tapi kini Alhamdulilah Allah buka pintu hati aku, Allah luaskan pandangan aku, syukur and TQ Allah :) saat berada disana hati aku terdetik,
"Ya Allah ruginya aku tak 'paksa' orang lain ikut" Sungguh inilah yang bermain dalam minda aku, bila aku dengar cerita setiap guest speaker yang dijemput.

Sesiapa yang bermula dengan Herbalife ada kisah masing-masing, tidak terkecuali walaupun seorang. Mungkin kedengaran agak mustahail, tapi inilah kenyataan :) tiada kejayaan tanpa kesusuhan.. Tak terkecuali guest speaker seperti John Tartol, Ibu Marina & Pak Marvin, Capt Saiful & Pn Rahimah, Hjh Karmila & Hj Ayup, Dr. Khadijah. Mereka masing-masing ada ceritanya, why they are choose herbalife?




John Tartol

Sebelum Herbalife : 
Seorang ahli muzik dan juga pelayan bar sebagai pendapatan sampingan. Beliau mula bosan dengan kehidupan sebagai ahli muzik yang pendapatannya ibarat kais pagi makan pagi. Lori adalah tunang beliau yang memperkenalkan herbalife kepada beliau.

Antara kata-kata ketika Lori (tunang John Tartol) mendengar tentang Herbalife :-

"Semuanya terlalu hebat untuk dipercayai" 
"Rangkaian produk yang dinamik, pelan pemasarannya fantastik dan tiada bos"

Mereka decide memulakan perniagan Herbalife dengan komited, bekerja dengan penuh tekun dan tidak penah mengaku kalah.

Selepas Herbalife:
Segalanya berubah 360 degree. Siapa Beliau dalam Herbalife sangat hebat, berada diluar jangkaan, tapi inilah kenyataan. Beliau telah mengunakan produk lebih dari 30thn!


Ibu Marina Arfah & Pak Marvin T. Wattimena
Indonesia

Sebelum Herbalife :
Ibu Marina hanyalah orang biasa, menggunakan produk untuk menurunkan berat badan. Sentiasa hadir setiap event yang dianjurkan tapi dalam minda beliau ketika itu hanya fikirkan MAKAN, MAKAN dan MAKAN...
Dalam satu event yang di panggil EXTRAVAGANZA semuanya bermula disini.
Kata Ibu Marina
"pada masa di Paris (Extravaganza) saya bersama abi hanya pakai baju 20 dollar"

Selepas Herbalife :
Alhamdulillah kini semuanya berubah, kehidupan mereka lebih selesa. Masalah kewangan bukan penghalang lagi bagi mereka.
Kata Pak Marvin 
"rumah ini sesuai buat kami berdua, tapi tidak sesuai untuk mobel-mobel kami"

Ibu Marina dan Pak Marvin telah menggunakan produk lebih 10thn!

Sungguh waktu mereka (Ibu Marina & Pak Marvin) berucap, aku sangat kagum dengan mereka, dengan cerita mereka, bagaimana mereka bermula dalam Herbalife, bagaimana kehidupan mereka berubah selepas Herbalife. Kisah-kisah yang mampu menjadikan pengajaran buat aku, menjadikan aku lebih yakin, lebih kuat. Jika mereka di Indonesia yang rata-ratanya kita tahu kehidupan mereka bagaimana boleh BERJAYA! mengapa aku yang berada di Malaysia tidak mampu? Rasa terPUKUL hati ini. Rasa terCABAR diri ini.

Kalau nak aku ceritakan kisah setiap speaker memang panjang lebarlah. InsyaAllah diberi kelapangan aku akan cuba untuk tulis kisah-kisah orang yang dah berjaya dalam Herbalife dan tidak mustahil aku kan cerita Kenapa Aku Pilih Herbalife :)




Rabu, 13 Februari 2013

nyumy-nyumy




Bismillah & Assalammualaikum

Balik-balik kerja hari ini, tekak dahaga shake, maka dengan penuh semangat dan gayanya aku menuju peti ais.

  Buka-buka nampak air sedap, otak dah rangka nak buat apa dengan air ini..hehhe


Tanpa berlengahkan masa, aku capai botol bliss, 
tuang dalam blander 400ml + 2 scoop F1 Vanila = blander sesedap hati :p

Taadaaaa... inilah hasilnya


Dengan lafaz bismillah, minummmm!!!
Rasanya Alhmdullilah sedap, hingga menghirup-hirup :D

Jadi pada yang nak tahu rasa sebenar-benarnya, ha janganlah malu segan. Cuba-cubalah resepi ini :)
Shake ini korang boleh pelbagaikan cara minumnya, janji SEDAP..

Perut dah kenyang, lepas ini boleh fokus buat kerja :)


"NOBODY CAN CHANGE YOU, ONLY YOURSELF"

P/s: Makanan yang sihat untuk otak yang cergas, badan yang sihat. Semuanya terletak pada tangan anda. Tepuk dada tanya diri :)

Rabu, 2 Januari 2013

Tahun Baru VS Azam Baru

Bismillah..

Alhamdulilah kita sudah di tahun baru..pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalu.. terasa plak diri ne dah tua..huhu -.-"  Welcome 2013 :) hope tahun ne lebih maju maju and more maju, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..aminn

Biasanya bila dah masuk tahun baru setiap orang mesti ada azamkan? xterkecualinya aku.. teringat
kata Dota Dr. Fazilah Kamsah (MHI pg td) "orang tanpa azam, ibarat naik kereta tiada destinasi, ibarat naik bas bila di tanya nak kemana, jawapnya tak tahu lagi" agak2 koranglah orang macam ne sihat ke x??? mental kot  -.-"

Berbalik pada azam, mungkin ada korang yang diluar sana, antara list azamnya "ingin jadi sihat, langsing, bergaya" betol tak? ne aku teka jerlah, kalau betol pun kebetolan jer..hihi

Ne kisah aku dengan si A.. sepanjang aku kenal dia, dalam list azam dia xpenah skip "AKU NAK KURUS"
siap tulis besar2 pakai maker pen, tampal kat semua tempat.. dah macam iklan bergerak aku rasa..huhu -.-"

Bila aku tanya "kenapa ko xpenah skip yang ini?" (siap aku bulat besar2 text 2)
jawapan dia so simple "sbb aku xkurus2 lagi, benda nelah buat aku give up!!" (stress jer aku dengar dia jawap)

time ne aku mampu bagi sokongan moral jerlah, tiap kali makan, aku ingatkan dia "ko jangan makan banyak2, ingat MISI ko 2", yang aku paling bengang time aku ajak dia sukan, confirm dia reject aku awal2 (kecik hati mak cik..huhu) 

Mungkin ada dikalangan kita yang mengalami situasi yang sama, Bila anda berada di situasi ini..

Apa yang anda RASA?
  • rasa susah hati dengan rupa fizikal
  • kurang keyakinan diri
  • stress (tekanan perasaan)
  • malu pada diri sendiri, kawan2, saudara mara dan masyarakat luar
  • sentiasa dipengaruhi fikiran negative 
Apa TINDAKAN anda?
  • skip lunch hour
  • mengambil pil pelangsing (pengaruh dari media massa)
  • mengasingkan diri (aktiviti masyarakat)
  • diet yang melulu
  • bersenam secara drastik
Bila anda GAGAL?
  • keyakinan diri semakin berkurang
  • mula pasrah dengan keadaan diri
  • makan dengan banyak (puaskan hati @ balas dendam)
  • tidak kisah dengan percakapan orang lagi
  • mood yang berubah2 (akibat tekanan)
Kenapa anda GAGAL!!
  • not consistent
  • no clear mission
  • lost in conjecture
  • give up 
  • you are alone (not coach)
Apa LANGKAH yang BETOL?
  • what your target? (example: 5kg in 3month, misi yang jelas)
  • diet schedule list (example: morning-milk+oat / afternoon-rice+soup+vegetable+fruits / night-oat+milk+fruits) WARNING don't skip your lunch hour!!
  • positive thinking (confident in what you're doing)
  • exercise (step by step)
  • socialize with the person are able gives you motivation (just IGNORE the -ve person)
  • do not be shy (tanya rahsia org yg dah berjaya)
  • IMPORTANT there is a coach to guide you (for the best result!!)

"nothing is impossible when you hard working"

cuma aku nak katakan kat sini, bila korang hendak buat sesuatu buat bersungguh2, 
xkiralah apa azam korang sekali pun.. 

Anda dikalangan azam di atas? buang malu, buang segan, "AS ME HOW?"
"Jika anda ingin berubah, berubahlah sekarang"

I am ready to be your coach