Herbalife Produk Information

What Are You Searching For?

Isnin, 10 Jun 2013

cantik TANPA solekan




Bimillah...
Assalammualaikum and Salam sejahtera..

Bersawang sudah blog ini..huhu so kenalah rajin-rajin update wahai atikah!!
CANTIK.. sapa tak nak cantik betol tak? Terutamanya kaum hawa, sebabnya sudah sifat lahiriah kami sebagai kaum hawa...so para-para suami jangan bising-bising bila si isteri minta belikan set pencuci muka, cantik pun untuk suami juga kan? 

Kadang-kadang sebut pasal cantik ini, mulalah orang persoalkan “si A itu cantik make up jer, cuba x make up mcm _ _ _ _” / “eh si M tu cocok sini, cocok sana” tapi ada juga yang kata “cantik dia tu SEMULAJADI”. Aku rasa rata lelaki kat luar sana lebih suka perempuan yang natural beauty :)

Pada pendapat aku, cantik semulajadi lagi bernilai dari topengan sementara (make up). Tapi terpulangan pada individu itu sendiri..ada yang x boleh tak make up bagaikan tidak sempurna harinya..

Sebenarnya kulit wajah kita ini Allah dah kurniakan cantik sejak azali lagi, x percaya? Tengok kulit baby macam mana..bersihkan merah-merah gitu.. so kulit kita pun mcm tu juga. Cuma bila meningkat dewasa biasalah berubahan hormon dan sebagainya. Tapi menurut Theasianparent.com  wajah boleh kelihatan cantik secara semulajadi dengan mengamalkan penjagaan kulit yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk mendapatkan kulit muka yang sihat. Jadi bagaimana caranya?

  • Cuci muka sekali sehari – bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit muka berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang.
  • Pilih pencuci yang sesuai – pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco (kelapa) dan gluco (gula daripada buah-buahan).

  • Pencuci dengan pH seimbang – pencuci yang pH nya seimbang akan menanggalkan kotoran dan solekan tanpa menanggalkan minyak semulajadi pada kulit wajah anda dan pastikan “pH-balanced” pada pencuci yang mengandungi glycolic @ asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.

  • Tanpa pewangi – wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci @ produk yang berlabel “tanpa pewangi” biasanya pewangi minimum sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.

  • Pelindung matahari – pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama 2jam.
         
  • Pelembab pelbagai guna – krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting “melembab & melindungi”. Pilih pelembab yang berasakan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindungan matahari yang tidak menyebabkan iritasi @ ruam. Minyak semulajadi dan asid lemak meyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.                                           
  • Tinggalkan toner -  Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semulajadi kullit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.
       


  • Senaman – dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ia memperbaiki rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.
               

  • Tidur yang cukup – kortisol, sejenis hormon tekanan, membuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan jeragat. Tidor yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat.
          
  • Bayam dan badam – bayam kaya dengan protien, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai antioksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.
             

  • Salad dan lobak merah – vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan penggantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambahkan zat dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
              

  • Tomato, keledek dan strawberi – likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyak kolagen. Vitamin C dalam keledek dan strawberi juga membantu meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.
         

  • Ikan salmon – Omega-3 pada ikan salmon membantu melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit kemerah-merahan.
            

  • Makan untuk kulit sihat – “Air kosong” minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.
            

  • Produk soya – soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu megelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.
          

  • Coklat gelap – Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksida flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit dari kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolegan pada kulit dan mengurangkan kedutan.