Herbalife Produk Information

What Are You Searching For?

Khamis, 14 Februari 2013

Herbalife Spectacular

Bismilllah n Assalammualaikum,

Allahuakbar.. so amazing... itulah perkataan yang pertama terdetik di dalam hati aku, saat menjejakkan kaki ke Spectacular pertama aku, perasaan berdebar-debar kalah orang nak nikah..hihii
Sangat luar biasa, stadium bukit jalil dipenuhi seramai 15,000 orang!! semangat makin membara!!


Syukur alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati aku untuk join event terbesar Herbalife Malaysia :)
Bagi aku tidak ruginya hadir pada event ini, sangat memberi impak positiv pada diri agar terus, terus dan terus melangkah menuju matlamat yang lebih nyata, lebih semangat dan lebih bermotivasi.


Semua Impian boleh jadi Kenyataan! dulu pandangan aku kabur, tapi kini Alhamdulilah Allah buka pintu hati aku, Allah luaskan pandangan aku, syukur and TQ Allah :) saat berada disana hati aku terdetik,
"Ya Allah ruginya aku tak 'paksa' orang lain ikut" Sungguh inilah yang bermain dalam minda aku, bila aku dengar cerita setiap guest speaker yang dijemput.

Sesiapa yang bermula dengan Herbalife ada kisah masing-masing, tidak terkecuali walaupun seorang. Mungkin kedengaran agak mustahail, tapi inilah kenyataan :) tiada kejayaan tanpa kesusuhan.. Tak terkecuali guest speaker seperti John Tartol, Ibu Marina & Pak Marvin, Capt Saiful & Pn Rahimah, Hjh Karmila & Hj Ayup, Dr. Khadijah. Mereka masing-masing ada ceritanya, why they are choose herbalife?




John Tartol

Sebelum Herbalife : 
Seorang ahli muzik dan juga pelayan bar sebagai pendapatan sampingan. Beliau mula bosan dengan kehidupan sebagai ahli muzik yang pendapatannya ibarat kais pagi makan pagi. Lori adalah tunang beliau yang memperkenalkan herbalife kepada beliau.

Antara kata-kata ketika Lori (tunang John Tartol) mendengar tentang Herbalife :-

"Semuanya terlalu hebat untuk dipercayai" 
"Rangkaian produk yang dinamik, pelan pemasarannya fantastik dan tiada bos"

Mereka decide memulakan perniagan Herbalife dengan komited, bekerja dengan penuh tekun dan tidak penah mengaku kalah.

Selepas Herbalife:
Segalanya berubah 360 degree. Siapa Beliau dalam Herbalife sangat hebat, berada diluar jangkaan, tapi inilah kenyataan. Beliau telah mengunakan produk lebih dari 30thn!


Ibu Marina Arfah & Pak Marvin T. Wattimena
Indonesia

Sebelum Herbalife :
Ibu Marina hanyalah orang biasa, menggunakan produk untuk menurunkan berat badan. Sentiasa hadir setiap event yang dianjurkan tapi dalam minda beliau ketika itu hanya fikirkan MAKAN, MAKAN dan MAKAN...
Dalam satu event yang di panggil EXTRAVAGANZA semuanya bermula disini.
Kata Ibu Marina
"pada masa di Paris (Extravaganza) saya bersama abi hanya pakai baju 20 dollar"

Selepas Herbalife :
Alhamdulillah kini semuanya berubah, kehidupan mereka lebih selesa. Masalah kewangan bukan penghalang lagi bagi mereka.
Kata Pak Marvin 
"rumah ini sesuai buat kami berdua, tapi tidak sesuai untuk mobel-mobel kami"

Ibu Marina dan Pak Marvin telah menggunakan produk lebih 10thn!

Sungguh waktu mereka (Ibu Marina & Pak Marvin) berucap, aku sangat kagum dengan mereka, dengan cerita mereka, bagaimana mereka bermula dalam Herbalife, bagaimana kehidupan mereka berubah selepas Herbalife. Kisah-kisah yang mampu menjadikan pengajaran buat aku, menjadikan aku lebih yakin, lebih kuat. Jika mereka di Indonesia yang rata-ratanya kita tahu kehidupan mereka bagaimana boleh BERJAYA! mengapa aku yang berada di Malaysia tidak mampu? Rasa terPUKUL hati ini. Rasa terCABAR diri ini.

Kalau nak aku ceritakan kisah setiap speaker memang panjang lebarlah. InsyaAllah diberi kelapangan aku akan cuba untuk tulis kisah-kisah orang yang dah berjaya dalam Herbalife dan tidak mustahil aku kan cerita Kenapa Aku Pilih Herbalife :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan